fbpx

Ria Ricis dikecam bawa anak 5 bulan naik jet ski

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RIA Ricis dan suami, Teuku Ryan dikecam kerana membawa anak mereka berusia lima bulan menaiki jetski.

TINDAKAN Ria Ricis dan suaminya Teuku Ryan membawa anak mereka, Moana yang baru berusia lima bulan bermain jet ski menerima kecaman netizen.

Rata-rata netizen menganggap tindakan tersebut terlalu bahaya lebih-lebih lagi bayi itu dilihat tidak memakai jaket keselamatan atau pelampung.

Ramai netizen meluahkan rasa kasihan kepada bayi itu yang didakwa dijadikan bahan media sosial pasangan selebriti terbabit.

“Kasihan anaknya dijadikan kandungan media sosial. Hati-hati bayi itu boleh terjatuh.

“Tidak patut dicontohi, sepatutnya ibu bapa memikirkan keselamatan anak mereka. Ibu bapa pakai pelampung tapi anaknya tidak,” ujar netizen lain.

Tidak lama selepas itu, Ria memohon maaf kerana cara dia membesarkan anaknya tidak sebagus orang lain.

“Maaf cara saya besarkan dia berbeza. Tapi insya-Allah Moana akan terus lincah di tangan saya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI