fbpx

Piala FA: Perubahan taktikal julang Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Arsenal meraikan jaringan Nketiah yang berjaya meledak dua gol ketika membantu Arsenal membenam cabaran Oxford untuk mara ke pusingan keempat Piala FA. – AFP

OXFORD – Arsenal menepati ramalan apabila memastikan tempat ke pusingan keempat Piala FA selepas mencatat kemenangan 3-0 ke atas Oxford United pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Kassam awal pagi semalam.

Meskipun berdepan tenta­ngan sengit pada awal permai­nan, namun The Gunners berjaya meledak tiga gol pada separuh masa kedua menerusi dua jari­ngan Eddie Nketiah dan satu gol Moha­med Elneny.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mengakui, beliau melakukan beberapa perubahan taktikal pada waktu rehat selepas me­nyaksikan jentera serangannya berdepan kesukaran untuk me­nembusi benteng pertahanan pasukan tuan rumah.

“Perlawanan seperti ini sentiasa menjadi aksi sukar, lebih-lebih lagi Oxford berjaya mengekang serangan kami. Selain itu, mereka juga ada kelebihan dari segi fizikal, tetapi kami masih mampu bertahan.

“Keadaan itu memaksa saya mengubah taktikal di separuh masa kedua dan ia beri ke­lebihan kepada kami. Saya sa­ngat lega apabila kami berjaya ­mendapatkan gol pembukaan selepas ­perubahan taktikal itu,” katanya.

Hasil kemenangan itu, The Gunners dijadualkan berdepan Manchester City pada pusi­ngan keempat 28 Januari nanti, namun Arteta sedikit terkilan memandangkan pertemuan itu begitu hampir dengan aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Everton.

“Saya tidak boleh berbuat apa-apa kerana jadual sudah pun ditetapkan. Apa yang kami boleh lakukan adalah buat persediaan terbaik dan cuba memenangi kedua-dua perlawanan tersebut,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI