fbpx

Pencen Perkeso arwah suami penerus kehidupan suri rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOR AZIZAH (kanan) menerima kunjungan Perkeso Johor bagi Ziarah Prihatin Perkeso di rumahnya di Taman Utama, Pekan Nanas, Pontian kelmarin.

PONTIAN – Selepas kematian suami tercinta, seorang suri rumah, Nor Azizah Zainal, 44, buntu memikirkan bagaimana untuk meneruskan kehidupan kerana sebelum ini dia tidak bekerja.

Dia kehilangan suami, Allahyarham Rosnani Siam, 47, yang be­kerja sebagai pemandu lori pasir ter­babit dalam kemalangan pada 24 Disember lalu.

Bagaimanapun, Nor Azizah boleh menarik nafas lega selepas permohonan untuk mendapatkan pencen bulanan melalui caruman arwah suaminya di Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) diluluskan.

Katanya, ini membant dirinya meneruskan kelangsu­ngan hidupnya.

Ujarnya, dia sebelum ini tidak mempunyai sebarang pekerjaan dan hanya bergantung kepada pendapatan
suami.

“Pemergian suami memang cukup dirasai kerana ia sebagai tulang belakang keluarga bagi menyara kehidupan.

“Saya ada seorang anak angkat, Nur Batrisya Najah Abdullah, 15, yang tinggal bersama abanga di Simpang
Renggam dan bersekolah dalam tingkatan 3.

“Syukur dan terima kasih kepada pihak-pihak yang membantu menguruskan caruman arwah suami bagi membolehkan permohonan dikemukakan dapat diluluskan segera,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Utama, Pekan Nanas, di sini.

Dia menerima lawatan dari Perkeso Negeri Johor untuk Program Ziarah Prihatin diketuai Pengarahnya, Tong Sing Chuan, kelmarin.

Caruman Perkeso yang dibuat Allahyarham Rosnani membolehkan waris menerima Faedah Hilang Pengurusan Mayat, RM2,000, pencen bulan pertama RM761.25 dan pencen bulanan sebanyak RM3,262.50.

Pada kejadian 24 Disember lalu, Rosnani maut selepas terperangkap dalam lori muatan pasir yang terjunam ke dalam parit di persimpangan lampu isyarat Jalan Sultan Ibrahim di sini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI