fbpx

Pelancong dikecam kencing ke dalam kawah gunung berapi sedang meletus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki tersebut dirakam sedang membuang air kecil di puncak gunung Kilauea ketika letusan sedang berlaku. – New York Post/Instagram

HONOLULU, HAWAII – Tindakan seorang pengunjung membuang air kecil di puncak gunung berapi Kilauea di Hawaii  mencetuskan kemarahan ramai kerana dianggap tidak menghormati alam semula jadi, lapor akhbar New York Post semalam.

Berdasarkan hantaran yang dikongsikan di laman Instagram, lelaki tersebut dilihat membuang air kecil di puncak Gunung Kilauea ketika letusan sedang berlaku.

Aktivis masyarakat pribumi Hawaii, Kumu Hinaleimoana Wong-Kalu berkata, kawah Halemaʻumaʻu, yang terletak di puncak Gunung Kilauea,  selatan Pulau Besar Hawaii merupakan lokasi yang amat penting kepada penduduk tempatan.

“Ramai orang luar tidak memahami bagaimana perasaan kami, ‘kanaka’ (penduduk pribumi  Hawaii) terhadap hubungan dengan tempat dan ruang di pulau yang didiami ini,” kata Wong-Kalu.

Setakat ini, tidak diketahui sama ada individu tersebut merupakan penduduk tempatan atau pelancong asing, namun pengguna Instagram berkenaan telah pun menutup akaun media sosialnya selepas dikecam netizen.

“Sikap yang buruk,” kata seorang pengguna.

“Hormati ‘aina’ atau pulang sahaja ke rumah anda,” kata seorang pengguna lain sambil merujuk kepada perkataan dalam dialek Hawaii yang bermaksud bumi.

Menurut legenda, Kilauea menjadi rumah kepada Pele, yang dianggap dewi api dan gunung berapi di Hawaii.

Dalam pada itu, seorang jurucakap Taman Negara Gunung Berapi Hawaii berkata, individu dalam gambar tersebut mungkin telah melanggar undang-undang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI