fbpx

Nahas dua beranak: Polis tunggu laporan sampel darah pemandu, mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kedua-dua kenderaan yang terlibat dalam kemalangan tersebut di Semanggol pada Ahad lalu.

IPOH – Polis sedang menunggu laporan ujian darah ke atas pemandu kereta yang terlibat nahas mengorbankan dua beranak dalam kejadian di Tebuk Rimba, Simpang Empat, Semanggol pada Ahad lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, sampel darah lelaki berusia 28 tahun itu telah diambil untuk dianalisis.

“Kita telah ambil (sampel darah) mangsa-mangsa terlibat (termasuk dua beranak) dalam kemalangan maut itu dan sedang menunggu keputusan pihak hospital atau Jabatan Kimia.

“Buat masa sekarang, pemandu kereta yang dirawat di Hospital Taiping dalam keadaan stabil,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.

Kejadian sekitar pukul 7.30 malam itu berlaku selepas lori dipandu Shahren Ismail, 37, bertembung sebuah kereta jenis Toyota Yaris dipandu doktor yang bertugas di Hospital Taiping.

Pelanggaran itu menyebabkan mangsa dan ibunya, Zainab Alias, 64, yang juga peniaga sate cedera parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI