fbpx

Michelle Yeoh orang Malaysia pertama menang Golden Globe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MICHELLE YEOH menang trofi Pelakon Wanita Terbaik Komedi/Muzikal pada Golden Globe Awards ke-80 yang berlangsung di The Beverly Hilton, Beverly Hills, California, Amerika Syarikat, sebentar tadi. - INSTAGRAM.

PELAKON kelahiran Ipoh, Perak yang menempa nama di Hollywood, Tan Sri Michelle Yeoh mencipta sejarah apabila menjadi orang Malaysia pertama memenangi trofi Golden Globe Awards.

Michelle, 60, merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik Filem Muzikal atau Komedi untuk filem Everything Everywhere All at Once arahan sutradara, Daniel Kwan dan Daniel Scheinert.

Kemenangan tersebut sekali gus menyaksikan Michelle atau nama sebenarnya, Michelle Yeoh Choo Kheng menewaskan aktres hebat Hollywood lain seperti Lesley Manville, Margot Robbie, Anya Taylor-Joy dan Emma Thompson.

Ketika berucap, Michelle berkata, bukan mudah membina nama di Hollywood. Bahkan, ketika baru bermula di sama, ada yang hairan dirinya mampu berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan baik.

“Saya ingat masa kali pertama saya jejakkan kaki di Hollywood, ia masih satu mimpi yang jadi kenyataan sampailah saya berdiri di sini (ketawa).

“Sebab, tengoklah muka saya sekarang. Saya datang sini dan diberitahu, ‘awak orang minoriti’. Saya macam, ‘no, that’s not possible’ (itu tidak mungkin).

“Seseorang cakap pada saya: ‘anda cakap Inggeris?’. Lupakan tentang mereka yang tak tahu tentang kewujudan Korea, Jepun, Malaysia, Asia dan India.

“Saya cakap: Penerbangan ke negara ini (Amerika Syarikat) kira-kira 13 jam panjangnya. Jadi, saya belajar (bahasa Inggeris) dalam perjalanan ke sini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI