KETUA penari kumpulan KLCW, Lee Chaerin memaklumkan dia menjalani sesi kemoterapi buat kali ketujuh akibat kanser yang dihidapinya.
Kesan kemoterapi, keadaan mata penari berusia 19 tahun itu bengkak seperti dikongsikan dalam Instagram miliknya baru-baru ini.
“Saya kembali selepas menjalani kemoterapi ketujuh tetapi kenapa sekeliling mata saya menjadi merah.
“Adakah ini kesan sampingan selepas rawatan kemoterapi? Ada sesiapa yang tahu? Saya kelihatan seperti Kaonashi (karakter kartun Jepun).
“Sebelum ini mata saya cuma sembab tetapi sekarang bertukar menjadi warna merah buat pertama kali. Saya risau,” ujarnya.