fbpx

Masa depan Caion bersama Selangor FC belum diputuskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TENGKU AMIR SHAH (tengah) menyaksikan Aladdin (dua dari kanan) dan Pengurus Besar Daikin Malaysia, Lawrence Song (dua dari kiri) menandatangani dokumen perjanjian sebagai penaja pasukan Gergasi Merah musim ini.

KEDUDUKAN Herlison Caion dalam skuad Selangor musim depan masih menjadi tanda ta­nya dan tiada lagi sebarang keputusan dibuat masa ini.

Walaupun berjaya muncul sebagai peledak utama skuad Gergasi Merah musim lalu de­ngan 15 gol, masa depan penyerang dari Brazil itu masih samar dan dijangka ditentukan dalam masa terdekat.

Ketua Pegawai Operasi Sela­ngor FC, Aladdin Mostafa berkata, ketika ini Caion masih lagi memiliki baki kontrak setahun, namun penilaian harus dibuat mengikut kehendak semasa.

“Dia masih ada kontrak de­ngan pasukan dan kami akan lihat situasi. Perbinca­ngan antara dia, pengurusan dan ketua jurulatih (Tan Cheng Hoe) akan dibuat dalam minggu ini.

“Kami di pihak pengurusan serahkan kepada jurulatih dan jawatankuasa teknikal untuk menilai serta membuat keputusan masa depan Caion,” katanya pada Majlis Tandatangan Jalinan Kerjasama dengan syarikat pengeluar penghawa dingin terkemuka dari Jepun, Daikin, semalam.

Jenama itu akan jadi salah satu penaja berstatus Platinum Gergasi Merah untuk musim 2023 dan majlis tandatangan dokumen perjanjian disaksikan oleh Pengerusi Selangor FC, Tengku Amir Shah Sultan Sharifuddin Idris Shah.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Daikin Malaysia, Shogo Ando berkata, pihaknya yakin dan cukup bangga dengan kerjasama bersama Selangor FC.

“Kami di Daikin Malaysia merasa sangat berbangga ke­rana dapat menjadi sebahagian daripada keluarga Gergasi Merah. Kami percaya sukan bola sepak adalah sukan yang menyatukan semua lapisan masyarakat, tidak mengira bahasa, agama, bangsa dan umur.

“Kami yakin kerjasama ini boleh menggalakkan amalan gaya hidup sihat dan kekal aktif untuk semua melalui sukan. Kami juga berharap hubungan kerjasama ini dapat memberi suntikan semangat yang lebih kepada Gergasi Merah menjelang musim baharu kelak,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI