fbpx

Mahkamah: Lelaki tumbuk mesin ATM berang duit tak keluar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
P.MANOHARAN (baju putih) didakwa di Mahkamah Majitret Seremban atas pertuduhan melakukan khianat dengan menumbuk skrin mesin ATM sebuah bank di Pekan Lukut, Port Dickson. FOTO : NOR SHAFAWATI YUP

SEREMBAN – Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari atas pertuduhan melakukan khianat dengan menumbuk skrin mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di Pekan Lukut, Port Dickson, kelmarin.

Tertuduh P.Manoharan, 50, yang hadir dalam keadaan kaki luka akibat terjatuh membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Firdaus Salleh.

Pihak pendakwaan yang diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Jawin Kaur memohon satu tarikh untuk dibacakan fakta kes dan hukuman di Mahkamah Majistret Port Dickson.

Mengikut pertuduhan, Manoharan didakwa telah melakukan khianat iaitu merosakkan skrin mesin ATM dengan menumbuk mesin tersebut di sebuah bank di Pekan Lukut, Port Dickson pada pukul 11.10 pagi, 9 Januari lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 426 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak melebihi lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu dalam prosiding kes, tertuduh memohon hukuman yang ringan dan memberitahu mesin ATM itu tidak mengeluarkan duit.

Mahkamah menawarkan jaminan sebanyak RM2,000 dan menetapkan kes itu disebut semula pada 8 Februari depan untuk dibacakan fakta kes dan hukuman di Mahkamah Majistret Port Dickson. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI