fbpx

Liu Ying beremosi di minggu ‘terakhir’ sebelum bersara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIU YING dan Peng Soon akan menyajikan aksi terbaik buat penonton yang merindukan aksi mereka berdua dalam Terbuka Malaysia pada minggu ini.

PEMAIN beregu campuran profesional negara, Goh Liu Ying mengakui, dia akan cuba mengawal emosi sepanjang beraksi pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2023 yang berlangsung di Arena Axiata, Bukit Jalil minggu ini.

Dia kembali bergandingan dengan Chan Peng Soon sebagai hadiah perpisahan memandang­kan Terbuka Malaysia kali ini merupakan kejohanan ter­akhirnya bergelar pemain sebelum menggantung raket.

Justeru, pemain berusia 34 tahun itu percaya, dia mungkin sedikit beremosi, namun sedia untuk menikmati kejohanan terakhir bersama Peng Soon, tidak kira sama ada menang ataupun kalah.

“Peminat-peminat di Malaysia sangat gilakan badminton, jadi saya mahu rasakan suasana itu apabila masuk ke dalam gelanggang nanti. Memang akan beremosi nanti tetapi saya hanya mahu nikmati perlawanan.

“Terbuka Malaysia (2008) adalah kejohanan pertama kami sebagai beregu, manakala kali ini, ia menjadi kejohanan terakhir buat saya dan Peng Soon. Oleh itu, saya anggap ia sangat bermakna untuk kami berdua,” katanya.

Menjelang aksi pusingan pertama hari ini, Peng Soon-Liu Ying yang merupakan pemenang pi­ngat perak Sukan Olimpik Rio 2016 dijadualkan bertemu beregu Indonesia, Rehan Naufal Kusharjanto-Lisa Ayu Kusumawati.

Dalam pada itu, Peng Soon berkata, persefahaman dalam gelanggang masih tidak berubah meskipun sudah setahun tidak bermain bersama selain mahu menyajikan aksi terbaik buat penonton yang merindukan aksi mereka berdua.

“Memandangkan ini kejohanan terakhir kami bermain bersama, fokus saya adalah untuk tampilkan aksi terbaik kepada penonton. Kalah atau menang tidak jadi ukuran kerana kami hanya mahu nikmati setiap detik di dalam gelanggang.

“Kami hanya melakukan persiapan seperti biasa dan fokus pada kekuatan mental. Selepas menguji gelanggang di Arena A­xiata, saya akui angin masih kuat di dalam gelanggang, jadi kami perlu sesuaikan diri,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI