fbpx

Hujan lebat di beberapa buah negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada pagi ini memaklumkan ribut petir diramalkan berlaku dia beberapa tempat di Semenanjung Malaysia.

MetMalaysia dalam ramalan cuacanya berkata, keadaan itu dijangkan berlaku di Selangor, Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

“Selain itu hujan turut dijangka melanda sekitar negeri Perak.

“Sementara itu, dijangka tiada hujan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Pahang pada pagi ini,” katanya di sini hari ini.

Katanya, di Sabah pula diramalkan berlaku hujan di kawasan Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan, Kudat dan WP Labuan.

“Bagi negeri Sarawak pula, hujan dijangka turun di daerah Limbang manakala tiada hujan di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu dan Miri pada pagi ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI