PETALING JAYA – Tidak menunggu lama, Puteri Sarah Liyana Kamaruddin menganggap kenyataan balas suaminya, Syamsul Yusof berhubung punca nombornya masih disekat disebabkan enggan bergaduh sebagai putar belit fakta.
Katanya, Syamsul dirasakan berbuat sedemikian bagi mengaburi mata masyarakat daripada mengetahui hakikat sebenar di sebalik konflik yang berlaku.
“Twist (putar) cerita selagi boleh. Tak apalah nak lepas (cerai) pun. Jangan selepas ini ‘twist’ lagi pula ‘Sarah yang nak lepas sangat, saya tak nak. Selama ini saya sayang dia’,” kata pelakon itu menerusi Insta Story, pagi tadi.
Ibu kepada dua cahaya mata yang dimadukan pengarah itu dengan Ira Kazar turut mengingatkan suaminya supaya tidak berterusan berlagak sebagai mangsa.
“Cukuplah drama ‘play victim’ (mangsa keadaan) dan menyalahkan (orang lain). Selamat malam,” luah Puteri Sarah lagi.
Malam tadi, Syamsul yang membuat pengakuan menikahi anak Kazar Saisi di Thailand pada Jumaat lalu menyatakan punya sebab kukuh masih menyekat nombor telefon isteri pertamanya itu.
Dakwa Syamsul, dia terpaksa berbuat demikian kerana mahu mengelakkan dimaki hamun Puteri Sarah setiap kali mereka berkomunikasi sebelum ini.
Terdahulu, menerusi perkahwinan yang dibina pada Mac 2014, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3. – KOSMO! ONLINE