KUALA LUMPUR – Sebuah gudang milik Elrah Exclusive di Jalan Kepong, Batu 6 1/2, di sini dilaporkan terbakar pada awal pagi tadi.
Komander operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Mohd Nuzi Mohamed berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur telah menerima panggilan kecemasan kejadian kebakaran itu pada pukul 4.41 pagi tadi.
Katanya, seramai sembilan anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang bergegas ke lokasi kejadian
“Pihak kami mendapati kebakaran melibatkan kotak yang berada di dalam gudang berkenaan, berkeluasan 4.8 x 4.8 meter persegi.
“Kemusnahan kebakaran dianggarkan 30 peratus manakala seorang lelaki berusia 30-an dilaporkan mengalami sesak nafas,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, mangsa telah diberikan rawatan oleh pasukan perubatan daripada Hospital Selayang dan punca kejadian masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE