fbpx

Daren mungkin tarik diri Terbuka Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DAREN menahan kesakitan kecederaan betis ketika beraksi menentang Popov pada Terbuka Malaysia di Axiata Arena semalam. – SHIDDIEQIIN ZON

PERSEORANGAN lelaki professional negara, Liew Daren tidak menolak kemungkinan untuk menarik diri pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2023 yang berlangsung di Arena Axiata, Bukit Jalil.

Bekas pemenang kejohanan Terbuka Perancis itu memberi bayangan untuk tidak meneruskan saingan pada kejohanan bertaraf Jelajah Dunia Super 1000 itu selepas kecede­raan betis yang dialami bertambah serius.

Walaupun bermain dalam keadaan kesakitan, namun Daren masih mampu menampilkan aksi terbaik apabila mencatat kemenangan tiga
set 21-15, 14-21, 21-17 ke atas pemain Perancis, Toma Junior Popov di pusingan pertama semalam.

Justeru, pemain berusia 36 tahun itu perlu memantau tahap kecederaan tersebut sebelum membuat sebarang keputusan sama ada untuk meneruskan aksi pusingan kedua ataupun tidak esok.

“Memang ada kecederaan juga pada perlawanan hari ini (semalam) tetapi memandangkan ini adalah kejohanan Super 1000, saya nak cuba main. Saya ada alami kecederaan betis kanan dan ia sudah dialami sejak sebulan lalu.

“Menjelang pusingan kedua Khamis ini (esok), saya perlu tengok dulu proses pemulihan kecederaan. Sekiranya masih sakit, ada kemungkinan untuk saya tarik diri daripada kejohanan,” katanya kepada pemberita sejurus tamat perlawanan.

Tambah Daren, walaupun menanggung kesakitan sepanjang permainan, namun soko­ngan padu daripada penonton membangkitkan semangatnya untuk terus berjuang dan mencatat kemenangan ketiga ke atas Popov.

“Cinta kepada sukan badminton menjadi salah satu pemangkin kepada saya untuk terus bermain. Selain itu, sokongan padu penonton turut membakar semangat saya untuk menampilkan aksi terbaik,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI