fbpx

Bungkusan ‘pocong’ didakwa perbuatan sihir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan bungkusan kain yang ditemui di sebatang sungai. - Instagram

JAKARTA – Seorang penduduk setempat menemui bungkusan kain diikat menyerupai hantu pocong yang disyaki perbuatan sihir di sebatang sungai di Riau, lapor laman berita Suara.com.

Bungkusan kain itu kelihatan sangat kotor dan berwarna coklat. Ia diikat menggunakan beberapa utas tali menyerupai bentuk hantu pocong bersaiz kecil.

Detik penemuan bungkusan itu dikongsikan di akaun Instagram @info_rokanhulu.

Bungkusan itu ditemui di tepi Sungai Air Suka Damai Ujungbatu. Beberapa lelaki kedengaran menjelaskan mengenai penemuan itu. 

“Terdapat penemuan di tepi sungai. Di tepi sungai ini ia berlaku,” kata seorang lelaki.

Apabila bungkusan itu dibuka, mereka menemui sekeping gambar seorang wanita memakai tudung yang dilekatkan pada gambar seorang lelaki dan dicucuk dengan jarum.

“Jadi ini nampak seperti sihir. Ini gambar perempuan, selepas itu dicucuk dengan jarum,” kata lelaki lain.

Salah seorang netizen di ruangan komen berkata bahawa bungkusan itu dipanggil buhul atau simpulan. Jika dibuka, ia akan membebaskan mangsa daripada pengaruh sihirnya.

“Kalau tak silap saya namanya buhul (simpul), selalu dibuang ke mana-mana sehingga orang tak jumpa. Jika simpulan itu ditemui kemudian dilepaskan, kesan sihir itu akan hilang. Ini bermakna awak telah menyelamatkan seseorang dari sihir,” kata netizen tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI