fbpx

Buka sekolah Isnin, hari Khamis kita puasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Tahun 2023 agak istimewa kerana sesi persekolahan akan dibuka pada bulan tiga.

Kebiasaannya sesi persekolahan baharu dibuka pada bulan Januari, namun kali ini dibuka pada Mac disebabkan kesan daripada penularan pandemik Covid-19 dua tahun lalu.

Bagaimanapun, jangan khuatir, Menteri Pendidikan baharu sudah berjanji akan memikirkan cara untuk memperbetulkan kembali takwim persekolahan baharu itu kembali pada bulan Januari seperti biasa.

Satu lagi yang menarik tahun ini adalah apabila selepas tiga hari sesi persekolahan dibuka pada 20 Mac nanti (bagi negeri kumpulan B), umat Islam akan menyambut bulan Ramadan.

Kalau ikut kalender hijrah yang akan jatuh pada 23 Mac ini (Khamis).

Nampak gayanya persiapan Back To School buat ibu bapa kali ini berganda apabila mereka terpaksa membeli baju raya sekali.

Ada sesetengah ibu bapa sudah membeli kelengkapan Back To School anak-anak pada cuti sekolah Disember lalu kerana sudah terbiasa.

Kata seorang teman, dia sanggup datang jauh dari Kemaman, Terengganu ke Kuala Lumpur setiap Disember semata-mata untuk membeli kelengkapan sekolah anak-anak.

Katanya, banyak pilihan kedai di Kuala Lumpur selain itu dia tidak mahu kelam-kabut membeli pakaian sekolah pada Mac nanti kerana tidak mahu ‘lari bajet’ raya.

Memang pokailah ibu bapa kalau tidak merancang awal-awal persiapan anak ke sekolah dengan baju raya.

Tarikhnya kedua-dua waktu penting itu pada bulan yang sama.

Persiapan raya kali ini juga pastinya agak mencabar apabila harga biskut raya difahamkan meningkat berganda.

Jangan mimpi hendak cari biskut harga lama sekitar RM25 hingga RM35 sebekas.

Memandangkan bahan mentah seperti telur, tepung dan sebagainya serba-serbi mahal, harga sebekas biskut raya dijangka RM55.

Bolehlah kita berkira-kira untuk menguli sendiri biskut raya selepaa tarawih nanti.

Tahun 2023 ini kita dijangka berdepan pelbagai dugaan seperti yang diperkatakan sebelum ini, contohnya kelembapan ekonomi, inflasi dan cuaca yang tidak menentu.
Selain berjimat-cermat, kita juga perlu ingat kepada Tuhan, jangan lupa banyak berdoa dan memohon ampun setiap hari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI