fbpx

Anak saudara kemalangan, Ismail Sabri tidak hadir PAU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Ismail Sabri melawat anak saudaranya di Hospital Kuala Lumpur

PETALING JAYA – Misteri ‘kehilangan’ bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Taklimat Presiden Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 akhirnya terjawab apabila anak saudaranya dilaporkan sedang kritikal.

Menurut sumber, anak saudaranya dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Gombak dan kini ditempatkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Difahamkan, anak saudaranya juga merupakan seorang penuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak.

Sehubungan itu, Ismail Sabri tidak akan menghadiri majlis perasmian PAU yang akan berlangsung malam ini di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.

Terdahulu Kosmo! melaporkan kelibat Ismail Sabri tidak kelihatan di pekarangan Dewan Merdeka bagi menghadiri taklimat tertutup Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang bermula pada pukul 3 petang tadi.

Perkara itu menjadi perhatian oleh kerana beliau juga merupakan Naib Presiden UMNO. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI