fbpx

Tiada keperluan PRN Sabah, fokus kebajikan rakyat – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (dua dari kanan) melawat Anjung Tinjau pada Majlis Sembang Santai Bersama Media dengan KKDW di Menara Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – “Saya yakin rakyat Sabah tidak mahukan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.”

Demikian jawapan ringkas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika ditanya pemberita mengenai keadaan semasa kemelut politik di negeri Sabah dan gesaan beberapa pihak yang mahukan PRN dibuat dalam tempoh terdekat.

Menurut Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), apa yang lebih menjadi keutamaan ketika ini adalah memberi fokus terhadap pembangunan dan kebijakan rakyat di negeri itu.

Jelasnya, demokrasi tidak semestinya dicapai menerusi pilihan raya, tetapi lebih kepada kesepakatan daripada kerajaan yang dibentuk.

“PRN ini bukan hanya memenatkan malah ia membebankan. Demokrasi bukan hanya pilihan raya, tetapi melalui kesepakatan parti politik yang harus diterjemahkan, dilaksanakan.

“Tempoh berbaki dua tahun setengah ini lagi sebelum PRN Sabah diadakan semula, maka saya harap pembangunan soal kebajikan dan memudahan rakyat harus diberikan keutamaan.

“Jika politik menjadi agenda, maka soal saya nyatakan tidak dapat diberi keutamaan, saya minta semua pihak berlapang dada dan berfikiran terbuka untuk mewujudkan kerajaan perpaduan di Sabah,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Sembang Santai Bersama Media dengan KKDW di sini, hari ini.

Tambah beliau lagi, pembentukan kerajaan perpaduan bukan suatu yang sukar, namun ia memerlukan penerimaan dari semua pihak dengan hati terbuka.

“Saya dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bersetuju harus ada tempoh bertenang.

“Jadi, dalam keadaan bertenang ini pun masih ada perkara berlaku, tapi yang penting, matlamat Datuk Seri Anwar adalah bagi menyarankan, mewujudkan kerajaan perpaduan di Sabah yang akan melibatkan semua parti yang berada dalam kerajaan perpaduan di peringkat pusat.

“Jadi untuk Sabah, tidak begitu sukar untuk kerajaan perpaduan diwujudkan, tetapi soal penerimaan itu harus kita santuni terlebih dulu,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI