fbpx

Soon Huat-Shevon sudah ada pelan B, C

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOON HUAT dan Shevon mahu memburu permulaan terbaik pada Terbuka Malaysia menjelang kutipan mata ke Sukan Olimpik Paris 2024 di Arena Axiata, Bukit Jalil hari ini.

BEREGU campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dijangka berdepan aksi rumit menjelang pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia di Arena Axiata, Bukit Jalil hari ini.

Gandingan No. 7 dunia itu dijadualkan bertemu pasangan Taiwan, Chang Ko Chi-Lee Chih Chen yang mana mereka belum pernah berdepan beregu tersebut dalam mana-mana kejohanan disertai sebelum ini.

Justeru, Soon Huat menjelaskan, dia dan Shevon tidak akan bergantung kepada satu taktikal sahaja, sebaliknya mereka sudah memiliki rancangan lain termasuk pelan B dan C sekiranya strategi awal kurang menjadi.

Walaupun mengakui selesa beraksi di Arena Axiata, namun pemain berusia 33 tahun itu tetap berwaspada meman­dangkan pergerakan angin di dalam gelanggang sukar dijangka dan mampu menghadirkan kesukaran.

“Kami tidak pernah tengok dan lawan mereka (Ko Chi-Chih Chen) sebelum ini, jadi akan buat persiapan ke arah perlawanan itu. Apabila menentang lawan yang tidak pernah ditemui, kadang-kadang ia boleh menghasilkan keputusan luar jangkaan.

“Buat masa ini kami hanya buat persiapan dan akan fikir mengenai pelan B atau C bergantung pada perlawanan itu nanti. Video rujukan mengenai permainan mereka pun tidak banyak yang boleh didapati.

“Secara jujur, saya suka bermain di sini (Arena Axiata) berdasarkan keadaan stadium dan penonton yang datang memberikan sokongan. Bagaimanapun, saya masih belum biasa dengan angin di sini,” katanya.

Soon Huat-Shevon pastinya mahu memburu permulaan terbaik pada kejohanan bertaraf Jelajah Dunia Super 1000 itu menjelang kutipan mata ke Sukan Olimpik Paris 2024 yang bermula Mei depan.

Sementara itu, Shevon percaya permainan mereka sudah semakin matang, sekali gus menjadi pembakar semangat memandangkan mereka dijadualkan menyertai lapan kejohanan sebelum kelayakan ke Olimpik Paris bermula.

“Sebelum Mei nanti, kami mungkin akan menyertai lebih kurang lapan kejohanan dan sudah tentu mengharapkan aksi lebih konsisten. Kami sudah me­lakukan persiapan beberapa minggu, jadi saya harapkan permulaan terbaik di Terbuka Malaysia nanti,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI