fbpx

Selebriti menetap di enklaf Montecito diarah berpindah akibat banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ellen DeGeneres menunjukkan anak sungai yang melimpah di kawasan rumahnya. - Twitter/Ellen DeGeneres

LONDON – Sebilangan selebriti yang tinggal di kawasan enklaf Montecito, California diarahkan berpindah selepas 90 peratus penduduk negeri itu terjejas akibat banjir, lapor akhbar The Sun semalam.

Seluruh enklaf yang menempatkan ramai selebriti seperti Ellen Degeneres serta Putera Harry dan Meghan Markle mendapat notis pemindahan segera.

Penduduk yang tinggal di Toro Canyon, Padaro Lane di Carpinteria dan Sycamore Canyon di Santa Barbara juga diarahkan berpindah.

Dalam pada itu, Ellen mengumumkan bahawa dia tidak akan berpindah menerusi laman Twitternya.

“Kami berada di tempat yang lebih tinggi jadi mereka meminta kami berlindung di kawasan itu. Sila kekal selamat semua.

“Kita mengalami hujan yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Anak sungai di sebelah kanan rumah kami tidak pernah mengalir sebelum ini.

“Sekarang air mungkin naik kira-kira 2.7 meter dan akan naik lagi 60 sentimeter,” kata Ellen sambil berdiri di sebelah anak sungai tersebut.

Operasi pemindahan dijalankan selepas sekurang-kurangnya 12 orang maut akibat cuaca ekstrem California selama 10 hari.

Satu siri ribut ganas yang mencetuskan angin berbahaya, tanah runtuh dan hujan lebat telah melanda negeri itu.

Kebanyakan penduduk California berada di bawah amaran pemantauan banjir untuk dua hari akan datang apabila satu lagi ribut tropika diramal melanda negeri itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI