fbpx

Sektor penerbangan terus berdaya tahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sektor pener­bangan domestik dilihat akan terus mencatatkan pemulihan memberangsangkan tahun ini, disokong pertumbuhan trafik penumpang, penyederhanaan harga bahan api jet dan harga tiket penerbangan yang dijangka kekal tinggi, menurut Maybank Investment Bank.

Penganalisisnya, Yin Shao Yang dalam nota penyelidikan semalam berkata, tahun 2022 meru­pakan tempoh mencabar buat industri pener­bangan Malaysia yang bergelut dengan gelombang varian Delta dan O­micron, nilai ringgit yang lemah berbanding dolar Amerika Syarikat dan harga bahan api jet yang melambung tinggi.

“Kami berpandangan positif kepada industri penerbangan Malaysia tahun ini dan menjangkakan trafik penumpang akan terus pulih dengan lebih banyak pesawat akan kembali berkhidmat, manakala harga bahan api jet menurun berikutan harga minyak mentah Brent yang lebih rendah.

“Pada masa sama, tambang penerbangan pula kekal tinggi disebabkan jumlah pesawat yang dikendalikan syarikat penerba­ngan kini adalah lebih sedikit.

“Untuk jangka panjang, kami menjangkakan trafik penerba­ngan domestik akan terus dipacu pengembalian perkhidmatan penerbangan domestik AirAsia dan pengembangan perkhidmatan oleh MYAirline, yang me­nyasarkan untuk menambah saiz armadanya kepada 50 pesawat dalam tempoh lima tahun,” katanya.

Shao Yang menambah, pembukaan semula sempadan China pada Ahad lalu turut hadir de­ngan jangkaan pelancong mereka akan kembali ke negara ini.

Pun begitu, pihaknya melihat tidak ramai pelancong China yang akan kembali tahun ini dise­babkan negara tersebut masih bergelut dengan gelombang Omic­ron, selain terdapat keper­luan untuk ujian RT-PCR ­Covid-19 negatif sebelum kembali ke China.

“Pada masa sama, tidak semua pesawat sudah kembali berkhidmat.

“Kami menjangkakan lebih ramai pelancong China akan kembali pada 2024 untuk mencapai sekitar dua per tiga daripada tahap 2019, namun angka ini mungkin lebih tinggi sekiranya syarikat penerbangan memperbaharui armada mereka,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI