fbpx

PNB Merdeka Ventures selar penceroboh, tingkatkan kawalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan pencerobohan di Merdeka 118 menerusi video di akaun YouTube, Driftershoots, yang dimuat naik pada 30 Disember tahun lalu.

PETALING JAYA – PNB Merdeka Ventures Sdn. Bhd. (PNB Merdeka Ventures) hari ini mengesahkan bahawa sekumpulan penceroboh lelaki di Merdeka 118 telah ditahan polis pada hari sama kejadian, iaitu 1 Mei tahun lalu dan telah didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Tegasnya dalam satu kenyataan, aksi itu menyalahi undang-undang dan berbahaya sekali gus merisikokan keselamatan penceroboh dan pekerja-pekerja di tapak pembangunan.

“Oleh yang demikian, kami menyelar segala perbuatan haram yang dilakukan di tapak pembangunan ini untuk meraih keuntungan komersial dan populariti secara haram.

“Kami ingin menekankan bahawa tapak Merdeka 118 masih aktif dengan kerja-kerja pembinaan dan keselamatan adalah keutamaan kami,” katanya.

Oleh itu katanya, PNB Merdeka Ventures yang juga merupakan anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), akan terus mempertingkatkan kawalan keselamatan bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

“Menceroboh merupakan kesalahan jenayah yang boleh dihukum oleh undang-undang dan sesiapa yang didapati bersalah atas perbuatan ini akan dikenakan tindakan sewajarnya,” katanya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Menara Merdeka 118 sekali lagi diceroboh oleh kumpulan warga asing yang beraninya berkongsikan perbuatan terbabit di dalam satu video di media sosial.

Video pencerobohan berdurasi lebih 7 minit yang dimuat naik pada 30 Disember 2022 di akaun YouTube, Driftershoots, menunjukkan bagaimana kumpulan yang terdiri daripada empat orang itu dapat menyelinap masuk ke bangunan berkenaan.

Sebelum ini, pasangan Russia, Angela Nikolau dan Ivan Beerkus turut menjadi topik hangat dalam kalangan rakyat Malaysia susulan kejayaan mereka menceroboh dan menawan bangunan kedua tertinggi di dunia itu, bulan lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI