fbpx

PN sedia beri kerjasama isu dana RM92.5 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAN Saiful (duduk tengah) selepas Mesyuarat Penubuhan Kelompok Tani Nyior Sebarang, di Seberang Perai, di sini hari ini.

SEBERANG PERAI – Perikatan Nasional (PN) sedia memberi kerjasama berhubung dakwaan perbelanjaan hampir RM92.5 bilion tanpa tender ketika era pentadbiran di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, tiada apa perlu disembunyikan selain menghormati pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menjalankan tugas membabitkan dakwaan penyelewengan dana tersebut.

“Saya rasa ini adalah satu perkara yang dilakukan atas niat politik dan kita kena faham juga bahawa dalam Malaysia sekarang ini satu-satunya gabungan yang menjadi pencabar kepada (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan kerajaan yang ada sekarang ialah PN.

“Hal ini kerana PN mempunyai pemimpin yang berkebolehan menjadi Perdana Menteri (dalam meneraju negara).

“Jadi, bagi saya usaha-usaha yang dilakukan seperti pembunuhan karakter Muhyiddin dan karakter PN ini akan berterusan di mana dalam sepanjang tahun ini (terdapat) usaha untuk memburukkan dan membuat rakyat ragu-ragu dengan integriti dan kredibiliti pemimpin PN akan kelihatan,” katanya ketika ditemui pada Mesyuarat Penubuhan Kelompok Tani Nyior Sebatang, di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut tidak terkejut sekiranya ada lagi pemimpin-pemimpin PN yang akan dipanggil untuk memberi keterangan sambil menyifatkan usaha tersebut sebagai agenda politik semata-mata.

“Tidak mengapalah. Kita bagi keterangan kalau dipanggil kerana hendak bagi laluan kepada pegawai penyiasat menjalankan tugas,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI