fbpx

Penyokong Harimau Malaya rai kemenangan baling sampah dalam stadium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan tindakan beberapa penyokong Harimau Malaya membuang sampah di dalam stadium.

PETALING JAYA – Tular rakaman memaparkan tindakan sekumpulan penyokong Harimau Malaya yang bertindak membuang sampah merata-rata dengan membalingnya ke kawasan tempat duduk Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kejadian tersebut berlaku selepas Malaysia berjaya ‘membenam’ Thailand 1-0 dalam aksi separuh akhir pertama saingan Piala AFF 2022, Sabtu lalu.

Sehubungan itu, orang ramai mengecam tindakan berkenaan dan menyifatkan kumpulan tersebut masih terperangkap dengan mentaliti kelas ketiga kerana menjadikan perbuatan membuang sampah merata-rata sebagai satu kebiasaan.

“Kenapa pengotor sangat buat perangai macam itu, kesian tukang cuci nak cuci dan kemas stadium semula,” kata Halli.

“Rasanya lepas ini kena buat larangan bawa makanan masuk ke kawasan tempat duduk stadium, nak makan atau minum di luar, kalau tidak jadi budaya setiap kali ada perlawanan bola, rai kemenangan baling sampah.

“Kalau terkena budak kecil, atau orang tua sehingga beri kesan kecederaan teruk, siapa nak tanggung?,” soal Noreyn.

Dalam pada itu, ada juga pengguna lain membandingkan sikap penyokong Malaysia dengan penyokong Jepun yang dilihat bagai langit dengan bumi.

“Penyokong Malaysia terkenal dengan buat sampah di stadium, penyong Jepun pula terkenal dengn sikap kutip sampah dan bersihkan stadium sebelum beredar,” kata Azimi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI