fbpx

Pengurus dan eksekutif kanan ditahan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua individu ditahan SPRM kerana dipercayai menyalahgunakan kuasa di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua individu dipercayai menyalahgunakan kuasa meluluskan pembelian saham Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (Kosma) sebanyak RM229,000.

Kedua-dua suspek ditahan semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM dibawa ke Mahkamah bagi mendapatkan perintah tahanan reman hari ini.

Menurut sumber kedua-dua suspek dipercayai melakukan kegiatan terbabit sejak 2017 dan ditahan pihak SPRM semalam.

Katanya, suspek pertama seorang wanita berusia 40 tahun merupakan seorang pengurus kewangan manakala suspek kedua pula seorang lelaki berusia 49 tahun yang merupakan pegawai eksekutif kanan.

Kedua-dua suspek disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan Majistret Fatinah Abu Bakar membenarkan tahanan reman selama enam hari sehingga 15 Januari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI