fbpx

Pengarah syarikat buat tuntutan palsu RM2 juta direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Seorang pengarah syarikat ditahan reman selama empat hari sehingga 13 Januari ini bagi membantu siasatan membabitkan tuntutan palsu bernilai RM2 juta.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin di Mahkamah Majistret, di sini hari ini selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sumber berkata, suspek, yang merupakan seorang lelaki berusia 54 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM di sini, petang semalam selepas hadir memberi keterangan.

Menurutnya, suspek ditahan bagi membantu siasatan kerana disyaki terlibat dalam memperakukan tuntutan yang mengandungi butiran matan palsu.

“Ia melibatkan kerja-kerja mekanikal dan elektrikal dalam projek pembinaan sebuah bangunan bernilai kira-kira RM92 juta di Kuala Terengganu sedangkan kerja-kerja tersebut tidak dilaksanakan sepenuhnya,” katanya.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI