fbpx

Pencuri pecah masuk kedai tergamam disapa pemilik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENCURI itu dilihat memecah masuk kedai telefon bimbit sambil diperhatikan pemiliknya. - Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan aksi seorang pencuri cuba memecah masuk sebuah kedai telefon ketika diperhatikan oleh pemiliknya, lapor laman berita Suara.com.

Video tersebut dimuat naik dalam akaun Instagram @memomedsos.

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan situasi di dalam kedai telefon bimbit yang ketika itu sudah ditutup. 

Pemilik kedai  tersebut dilihat sedang berada di kaunter sebelum seorang lelaki berpakaian serba hitam menerjah masuk secara tiba-tiba.

Pemilik kedai itu terkejut apabila melihat separuh badan pencuri berkenaan sudah berada di dalam kedai. 

Bagaimanapun, pemilik kedai itu dilihat tidak menjerit atau panik, sebaliknya menyapa si pencuri dengan tenang.

Tindakannya itu membuatkan pencuri tersebut keluar dari premis itu serta-merta sebelum pemilik kedai dilihat menghubungi seseorang menggunakan telefon bimbit.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Mereka yang memiliki kedai itu sangat peramah. Selepas tutup, mereka masih menyapa pelanggan yang ingin menceroboh,” kata seorang netizen.

“Rolling door itu mesti dinaik taraf,” kata netizen lain. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI