fbpx

Pemandu bas ekspres maut, 8 penumpang cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG pemandu bas ekspres maut selepas kenderaan yang dipandunya merempuh sebuah lori dalam kejadian di Kilometer 32.5 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan berhampiran Kulai, Johor, malam semalam.

KULAI – Seorang pemandu bas maut manakala lapan penumpang cedera dalam satu kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan yang berlaku di Kilometer 32.5 Lebuh Raya Utara Selatan menghala ke arah selatan, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, dalam kejadian pada pukul 9.30 malam itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Ismail Tapah, 65 dan kemalangan tersebut melibatkan tiga buah kenderaan iaitu sebuah bas ekspres, sebuah lori dan sebuah kereta.

“Pemandu bas yang mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan kepala telah disahkan maut di tempat kejadian, manakala lapan penumpang bas mengalami kecederaan ringan. Lima lagi mangsa terselamat.

“Sementara itu, pemandu kereta dan lori yang turut terlibat dalam kemalangan berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Beng Yeow, kemalangan tersebut dipercayai berpunca apabila lori berkenaan terbabas dan tersangkut di penghadang tengah jalan sebelum bas ekspres merempuh bahagian belakang lori terbabit.

“Tidak lama selepas itu sebuah kereta lain tiba sebelum turut merempuh lori tersebut,” jelasnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI