fbpx

Pas berjaya tadbir negeri walaupun ditekan Kerajaan Pusat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hadi Awang

GEORGE TOWN – Negeri-negeri di bawah pentadbiran Pas tetap berjaya diuruskan dengan baik walaupun Kerajaan Pusat didakwa melakukan pelbagai cara untuk menekan kerajaan negeri berkenaan.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, sebagai contoh Pas berjaya mentadbir kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu menerusi amalan berjimat cermat.

Menurutnya, pentadbiran yang berintegriti dan sokongan rakyat yang kekal memihak kepada parti itu sehingga hari ini antara sebab mengapa Pas kekal bertahan.

“Itu berlaku sebaik sahaja kami memerintah Kelantan dan Terengganu (disisihkan Kerajaan Pusat) apabila mereka dengan sengaja melakukan tekanan-tekanan khususnya dalam aspek pentadbiran dan ekonomi.

“Kita berjaya bertahan dengan berjimat-cermat dan integriti yang ada serta menerusi sokongan rakyat sampai hari ini,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Parti Gerakan Pulau Pinang di sini malam tadi.

Sebelum ini, Abdul Hadi menerusi Minda Presiden, di Facebook rasminya mendakwa negeri pimpinan parti itu mengalami kesukaran apabila dihalang dengan pelbagai cara dan penentangan sama ada secara nyata mahupun tersembunyi.

Beliau berkata, Pas mentadbir negeri dengan kuasa yang sangat terbatas dan tindakan Kerajaan Pusat jelas membelakangi konsep federalisme dan adab demokrasi diamalkan di negara Barat yang menjadi rujukan mereka.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI