fbpx

Nilai bayaran RM167 juta setahun, SRK kekal No. 1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAH RUKH KHAN

TAHUN 2022 sudah berlalu, namun kehangatan industri perfileman Bollywood terus membara dengan pembikinan banyak filem bajet besar.

Seperti Hollywood, barisan pelakon yang menunjangi produksi besar itu juga dibayar tinggi dengan pendapatan yang membolehkan mereka bergelar jutawan.

Tanpa berlakon di Hollywood pun, Shah Rukh Khan masih berada di carta teratas selaku pelakon yang meraih pendapatan tertinggi di India dengan nilai bayaran RM167 juta setahun.

Raja Bollywood itu meninggalkan pesaing terdekatnya Salman Khan yang menerima sekitar RM160 juta bagi tempoh sama, manakala Akshay Kumar pula berada di tangga ketiga dengan jumlah RM150 juta.

Perolehan pendapatan beberapa nama besar yang turut menyerlah di pentas antarabangsa itu menunjukkan dunia perfileman Bollywood terus kukuh menawan dunia.

Malah kedudukan Shah Rukh Khan juga tidak mampu digegarkan bintang lain, sekali gus membuktikan keampuhannya sebagai Raja Bollywood.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI