fbpx

N. Sembilan cadang wujud permit khas tapak perkhemahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEO Kok Seong (tengah) ketika mengadakan pertemuan bersama pengusaha tapak perkhemahan di Wisma Negeri, Seremban hari ini.-ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan bercadang mewujudkan satu permit khas berkaitan keselamatan kepada pengusaha tapak perkhemahan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru Negeri Sembilan, Teo Kok Seong berkata, permit khas itu bagi memastikan tahap keselamatan di tapak perkhemahan bagi menjalankan aktiviti rekreasi.

“Mengambil iktibar insiden tanah runtuh di Batang Kali pada tahun lalu, kerajaan negeri kini sedang mencari jalan untuk mewujudkan garis panduan kepada pengusaha tapak perkhemahan.

“Kerajaan negeri akan mengkaji untuk mewujudkan permit khas untuk kategori pengusaha tapak perkhemahan ini,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan bersama pengusaha-pengusaha tapak perkhemahan hari ini.

Kok Seong dalam pada itu berkata, pihaknya akan membawa cadangan berkenaan ke dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri seterusnya dibawa ke Mesyuarat Perancangan Negeri.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI