fbpx

Menara Merdeka 118 sekali lagi diceroboh selepas pasangan Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video di akaun YouTube, Driftershoots yang dimuat naik pada 30 Disember lepas.

PETALING JAYA – Bagai pisang berbuah dua kali, apabila Menara Merdeka 118 sekali lagi diceroboh oleh kumpulan warga asing yang beraninya berkongsikan perbuatan terbabit di dalam satu video di media sosial.

Video pencerobohan berdurasi 7 minit 18 saat yang dimuat naik pada 30 Disember lalu di akaun YouTube, Driftershoots menunjukkan bagaimana kumpulan yang terdiri daripada empat orang itu dapat menyelinap masuk ke bangunan berkenaan.

Mereka kelihatan memakai jaket keselamatan seperti pekerja binaan supaya tidak dikenali dan memotong jaring keselamatan yang digunakan untuk menutup laluan masuk, sebelum memanjat bangunan itu menuju ke puncak.

“Sebentar tadi saya dan tiga lagi rakan penjelajah telah pergi ke Kuala Lumpur untuk mendaki dan mengambil gambar Merdeka 118 iaitu bangunan kedua tertinggi di dunia dengan ketinggian 679 Meter.

“Perjalanan yang panjang dan sukar serta penuh cabaran. Beberapa percubaan sebelum ini oleh beberapa individu telah berakhir dengan dipenjarakan, jadi kami sedar kami menghadapi kemungkinan besar yang sama.

“Walau bagaimanapun, perjalanan itu berakhir dengan jayanya dan merupakan hadiah untuk mengakhiri tahun 2022. Video ini adalah ekspresi artistik kebebasan yang dilakukan untuk cinta dan saya tidak menggalakkan sesiapa untuk melakukan semula tindakan yang ditunjukkan dalam video ini,” tulis pengendali akaun berkenaan di ruangan penerangan video.

Sebelum ini, pasangan Russia, Angela Nikolau dan Ivan Beerkus menjadi topik hangat dalam kalangan rakyat Malaysia susulan kejayaan mereka menceroboh dan menawan bangunan kedua tertinggi di dunia itu, bulan lalu.

Nikolau juga telah beraninya mendedahkan bagaimana dia menyamar sebagai salah seorang pekerja binaan dengan memakai tudung untuk menyelinap masuk ke bangunan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI