fbpx

Lapan cedera dalam kemalangan sembilan kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan di lokasi kemalangan membabitkan sembilan kenderaan di KM307.9 Lebuh Raya Utara-Selatan di Gopeng semalam.

GOPENG – Seramai lapan orang mengalami kecederaan dalam satu kemalangan sembilan buah kenderaan di Kilometer (KM) 307.9 Lebuh Raya Utara-Selatan di sini semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian melibatkan 15 orang mangsa tersebut pada pukul 11.06 malam.

“Kemalangan jalan raya melibatkan dua buah lori treler dan tujuh buah kenderaan lain yang berlanggar dari arah belakang. Tiada mangsa tersepit.

“Kesemua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam ketika bomba tiba di lokasi kejadian. Terdapat beberapa orang mangsa mengalami kecederaan dan telah diberikan rawatan awal,” katanya hari ini.

Katanya, kesemua mangsa dibawa ke hospital di Ipoh bagi rawatan lanjut.

Ujarnya, kenderaan terlibat ialah sebuah lori kontena bermuatan absorber lori yang membawa seorang mangsa, lori kontena dengan muatan plastik (1), kereta jenis Volkswagen (2), BMW (4), Toyota Yaris (3), Perodua Alza (1), Honda Civic (1), Perodua Aruz (1) dan Honda CRV (1).

Operasi melibatkan Balai Bomba Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng dibantu BBP Tapah itu tamat sepenuhnya pada pukul 12.46 tengah malam tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI