fbpx

KKDW peruntuk RM750,000 naik taraf Gua Sireh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamaruddin (tengah) bergambar di hadapan pintu Gua Sireh ketika lawatan kerjanya ke gua tersebut di Baling, hari ini.

BALING – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM750,000 untuk menaik taraf kemudahan di Gua Sireh di sini menerusi projek eko pelancongan bermula Mac ini.

Kerja-kerja naik taraf itu dilaksanakan agensi pelaksana kementerian iaitu Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda).

Pengurus Besar Keda, Datuk Kamaruddin Abd. Akib berkata, antara kemudahan yang bakal dinaik taraf termasuk laluan pejalan kaki atau titi sepanjang 400 meter dan pagar di dalam gua bernilai RM398,000.

“Selain itu, peruntukan turut melibatkan pembelian van pelancong sebanyak RM132,000, penambahbaikan fasiliti dan pembelian peralatan gua, lesen hiburan, sewaan, cukai dan insurans RM66,000 serta kos operasi RM154,000,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melakukan lawatan kerja ke tapak Gua Sireh di sini hari ini.

Menurutnya, kerja-kerja naik taraf tersebut dilaksanakan di bawah Projek Eko Pelancongan Warisan Alam dalam Program Desa Lestari, Kampung Padang Che Mas.

“Peruntukan ini akan disalurkan menerusi Koperasi Eko Pelancongan Gua Sireh yang beroperasi dengan kerjasama penduduk kampung sejak 2019,” ujarnya.

Tambahnya, pihaknya yakin projek naik taraf termasuk menitikberatkan akses logistik, Gua Sireh akan menjadi lokasi tumpuan pelancong dari seluruh negara.

“Gua Sireh memiliki keunikan dan keindahan tersendiri dengan panorama di dalam guanya yang sungguh menakjubkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI