fbpx

‘Jangan bazir duit negara cari kami’ – Ivan Beerkus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara gambar yang dikongsi pasangan tersebut di media sosial selepas berjaya memanjat Menara Merdeka 118.

PETALING JAYA – Lelaki warga Russia, Ivan Beerkus yang didakwa menceroboh Menara Merdeka 118 sebelum ini memaklumkan dia dan pasangannya, Angela Nikolau sudah tidak berada di Malaysia.

Beerkus menerusi hantaran di Instagramnya sebentar tadi memohon pihak berkuasa supaya berhenti mencari mereka berdua.

“Jangan bazirkan duit negara untuk mencari kami di Malaysia. Kami sudah tidak ada di Malaysia lagi,” tulisnya.

Katanya lagi, usaha dia dan pasangannya itu untuk memanjat puncak menara tersebut bukan sesuatu yang mudah dan tujuan mereka adalah bagi meningkatkan keyakinan diri.

“Kami menunggu di tempat persembunyian kecil di dalam Menara Merdeka 118 lebih 20 jam dalam keadaan kehabisan air, makanan, selain tidak dapat menggunakan tandas serta meregangkan kaki atau bernafas di tengah-tengah semua habuk pembinaan.

“Persediaan kami untuk mendaki mengambil beberapa hari. Bangunan itu telah meningkatkan langkah keselamatan dan kami terpaksa membuat perancangan yang sangat kukuh,” jelasnya.

Terdahulu, Angela mendedahkan dia terpaksa menyamar termasuk memakai tudung dan mengenakan seragam pekerja bangunan untuk memastikan kehadirannya di menara berkenaan tidak dikesan oleh mana-mana pihak termasuk pengawal keselamatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI