fbpx

Hujan lebat di 8 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri sehingga pukul 6 petang ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan berkata, seluruh kawasan di Perak dijangka berdepan dengan cuaca buruk manakala di Kedah, hanya kawasan Kubang Pasu dan Bandar Baharu sahaja.

“Bagi Pantai Timur, ribut petir diramal di Kelantan melibatkan Kota Bharu, Jeli dan Bachok manakala kawasan di Terengganu pula adalah Besut dan Dungun sahaja.

“Situasi sama turut dijangka di Pahang melibatkan kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Rompin, manakala di Selangor pula adalah Hulu Selangor,” katanya.

Tambah MetMalaysia lagi, ribut petir keadaan sama diramal di beberapa kawasan di Negeri Sembilan iaitu Jelebu, Kuala Pilah dan Rembau manakala di Johor melibatkan Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Dalam pada itu, cuaca buruk turut dijangka membadai Sabah membabitkan kawasan Pedalaman (Keningau), Pantai Barat (Ranau) dan Sandakan (Sandakan).

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” ujarnya.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI