fbpx

EPL: Lampard jadi mangsa kualiti teruk pemain Everton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EVERTON berdepan masalah prestasi ketika ini menyebabkan nasib Lampard tidak menentu dan berdepan pemecatan. – AFP

LONDON – Pengkritik bola sepak England, Roy Keane mengakui simpati dengan nasib Pengurus Everton, Frank Lampard sambil menyifatkan beliau terpaksa melatih pemain yang yang tidak berkualiti di Goodison Park.

Musim lalu menyaksikan The Toffees berjaya keluar dari zon penyingkiran selepas pelantikan Lampard, namun musim ini mereka sekali lagi berada dalam situasi getir berkenaan selepas hanya mengumpul 15 mata dalam 18 perlawanan Liga Perdana Inggeris.

Lampard musim lalu memiliki Richarlison yang menjadi sandaran di bahagian serangan, namun musim ini penyerang baharu mereka, Neal Maupay dilihat masih belum menemui ren­tak sejak berhijrah dari Brighton.

“Mereka memiliki ramai pemain yang tidak bagus. Saya melihat sesetengah daripada mereka gagal untuk mencapai standard yang diperlukan di Liga Perdana Inggeris,” katanya.

Situasi di Everton ketika ini menyaksikan Lampard berdepan situasi tidak menentu mengenai masa depannya terutama selepas tewas menentang Manchester United sekali gus me­nyaksikan mereka tersingkir da­ripada saingan Piala FA.

Beberapa nama ketika ini di­sebut-sebut bakal menggantikan bekas pengurus Chelsea itu sekiranya beliau dipecat, malah pemilik kelab, Farhad Moshiri juga dilaporkan sudah hilang sabar dengan situasi semasa kelab.

Antara yang kuat dikaitkan dengan jawatan pengurus kelab berkenaan adalah bekas pengurus Burnley, Sean Dyche serta Roberto Martinez, namun nama pengendali West Ham, David Moyes juga dikatakan berada dalam senarai. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI