fbpx

Anak meragam, Han Ji-hye ‘letih’ jadi ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAN JI-JHYE

DEMI memberi fokus sepenuhnya untuk menjaga anak, pelakon Han Ji-hye sanggup memperlahan karier seninya.

Selepas berkahwin selama 10 tahun dan akhirnya dikurniakan cahaya mata pada 2021, dia menceritakan kesukaran menjadi seorang ibu.

Pada 7 Januari lalu, Ji-hye memuat naik perkongsian InstaStory menceritakan ragam anak perempuannya bernama Yoon Seul.

“Kini Yoon Seul berusia 18 bulan dan sudah tiga hari dia bangun menangis pada tengah malam.

“Dia juga mahu berada di ruang tamu. Jadi, saya tunjukkan video kartun Pororo. Akhirnya dia tenang dan saya tidurkannya kembali dia dalam bilik.

“Namun, semalam saya tidak dapat tidur langsung kerana dia bangun menangis pada setiap 30 hingga ke 40 minit,” ujarnya.

Dalam hantaran yang lain, pelakon drama Once Again itu memuat naik gambarnya sedang menolak kereta sorong dengan kapsyen: “Kelihatan ibu yang letih dan Seul sangat energetik walaupun tidak tidur.”

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI