fbpx

Agihan kerusi PN di enam negeri 80 peratus selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hadi (tiga dari kiri) ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Gerakan Pulau Pinang, di sini malam tadi. Gambar/IQBAL HAMDAN

GEORGE TOWN – Perikatan Nasional (PN) telah menyelesaikan kira-kira 80 peratus urusan agihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di enam negeri yang bakal berdepan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Timbalan Pengerusinya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, sebelum ini parti-parti komponen PN telah mengadakan perbincangan secara langsung mengenai soal agihan kerusi ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

“80 peratus telah siap di enam negeri (urusan agihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Sebenarnya semasa PRU-15 kita sudah ada perbincangan secara langsung, itu menjadi jadi asas perbincangan kita untuk Dewan Undangan Negeri (DUN), perbincangan ini akan berpanjangan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Parti Gerakan Pulau Pinang, di sini semalam.

Menurut Abdul Hadi, selain menyelesaikan soal agihan kerusi DUN, PN juga akan merangka strategi-strategi untuk berdepan dengan PRN bagi memastikan gelombang kemenangan PN ketika PRU-15 kekal berpihak kepada gabungan tersebut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI