fbpx

800 pendekar dari 16 negara berkampung di Bumi Kenyalang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABANG JOHARI (dua dari kanan) menunjukkan tali pinggang kejuaraan untuk pemenang Kejuaraan Silat Premier Antarabangsa Sarawak 2023 yang membuka gelanggang pada 27 Februari depan.

KEJUARAAN Silat Premier Antarabangsa Sarawak 2023 bakal menyajikan aksi bertenaga dan memukau para peminat sukan tempur ini yang akan berlangsung di Stadium Tertutup Kuching 27 Februari hingga 5 Mac depan.

Kejuaraan edisi sulung itu mendapat sambutan hangat apabila kira-kira 16 negara dengan hampir 800 pesilat dijangka tiba menyertai saingan buat julung-julung kali penganjuran kejua­raan silat antarabangsa di Bumi Kenyalang.

Menurut Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Abang Openg, Sarawak sudah bersedia untuk menganjurkan sebuah lagi acara silat berkelas dunia, selain menerima kehadiran ribuan pencinta silat dunia menyaksikan kejohanan tersebut.

“Sarawak sudah bersedia membuka gelanggang bagi pesilat dari 16 buah negara untuk bertarung. Malah, persiapan dari segi logistik juga berada pada tahap terbaik menjelang kejuaraan bertaraf premier ini.

“Sambutan bagi edisi sulung ini amat baik apabila negara se­perti Indonesia, Singapura, Pakistan, United Kingdom akan turut serta menghangatkan bandar Kuching sepanjang seminggu penganjuran,” katanya.

Bagi penganjur Rumpun Silat Sarawak (RSS), penganjuran Kejuaraan Silat Premier Antarabangsa Sarawak 2023 ini akan menjadi penanda aras dan perintis untuk RSS menganjurkan kejohanan siri silat Sarawak secara tahunan pada masa akan datang.

Menurut Timbalan Presiden RSS, Datuk Mohamad Yusnar Haji Matalie, pihaknya komited untuk memastikan perjalanan kejohanan ini berlangsung de­ngan baik.

“RSS mahu penganjuran edisi sulung ini dapat dijayakan de­ngan baik dan cemerlang. Malah, pihak kami tidak mahu menjadikan kejohanan ini sebagai one-off sahaja, sebaliknya berhasrat menganjurkan Kejohanan Siri Silat Sarawak kerana Malaysia belum pernah menganjurkan kejohanan seperti itu.

“Saya juga amat teruja untuk menyambut kehadiran warga silat dunia ke Bumi Kenyalang pada bulan depan. Saya berharap para pesilat dapat mempamerkan aksi berkelas dunia serta menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi seiring dengan nilai yang dimiliki oleh seorang pesilat.

Kejuaraan Silat Premier Antarabangsa Sarawak 2023 menawarkan hadiah wang tunai berjumlah AS$20,000 bagi juara keseluruhan serta buat kali pertama tali pinggang kejuaraan diperkenalkan bagi juara keseluruhan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI