fbpx

79 pegawai polis Terengganu dikenakan tindakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rohaimi (tujuh dari kiri) bersama sebahagian pengamal media yang menerima sijil penghargaan pada Perhimpunan Bulanan IPK Terengganu di Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seramai 79 pegawai Polis Kontijen Terengganu dikenakan tindakan salah laku dan disiplin sepanjang tahun lalu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, ia melibatkan 10 pegawai kanan, 67 pegawai rendah dan dua pegawai awam.

Beliau berkata, kesalahan disiplin tersebut meliputi 16 kes jenayah, narkotik (lima), tidak hadir tugas (lapan), salah laku (47), syariah (dua) dan rasuah (satu).

“Paling serius ialah melakukan ugutan jenayah kepada orang awam. Ia amat dikesalkan kerana tidak sepatutnya pegawai polis melindung bukannya mengancam masyarakat.

“Dua lagi pegawai terlibat dalam kes syariah kerana berkahwin tanpa kebenaran,” katanya pada Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Terengganu.

Rohaimi berkata, beliau tidak akan berkompromi dan memandang secara serius salah laku dalam kalangan pegawai polis Kontinjen Terengganu.

Jelas beliau, langkah untuk meningkatkan lagi disiplin dalam kalangan warga Kontijen Terengganu akan diambil pada tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI