fbpx

Zii Jia tidak kesal keputusan diambil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA akan turun pada aksi pertama Terbuka Malaysia menentang pemain Jepun, Naraoka.

PERSEORANGAN lelaki profesional negara, Lee Zii Jia tetap dengan pendirian untuk kekal dengan keputusan tidak menggunakan khidmat jurulatih dalam kariernya selepas berpisah de­ngan Indra Widjaja tahun lalu.

Buat masa sekarang, pemain berusia 25 tahun itu hanya dibantu seorang lagi pemain profesio­nal, Liew Daren dan Fisioterapi, Sandra Fielder serta jurulatih kecergasan, Lim Joe Heang.

Juara kejohanan Seluruh England (All England) 2021 itu turut menjadikan pemain Taiwan, Chou Tien Chen sebagai contoh terbaik memandangkan dia mampu beraksi baik tanpa kehadiran jurulatih.

“Berlatih tanpa kehadiran jurulatih adalah satu cabaran baharu untuk saya. Sekiranya saya tidak tahu apa yang diperlukan pada tahap ini, sudah tentu ia akan jadi satu perkara sukar buat saya.

“Saya pernah menjalani latihan bersama Tien Chen dan dia juga tidak ada jurulatih selain melakukan program latihan sendiri. Sekiranya apa yang saya pilih ini salah, saya tidak akan menyesal,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan di Arena Axiata, Bukit Jalil semalam.

Zii Jia yang merupakan pemain No. 2 dunia akan memulakan aksi pada Kejohanan Terbuka Malaysia 2023 dengan membuat perhitungan menentang pemain Jepun, Kodai Naraoka pada pu­singan pertama.

Sekiranya menang, pemain kelahiran Alor Setar, Kedah itu dijangka berdepan rakan se­negara, Ng Tze Yong dengan pertemuan tersebut dianggap mampu menjadi aksi yang paling dinantikan.

“Kodai (Naraoka) merupakan seorang pemain yang gemar bermain secara rali dan perlawanan mungkin akan jadi panjang. Kebanyakan perlawanan dia tahun lalu sering memakan masa lebih sejam,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI