fbpx

Venna Melinda buat aduan suaminya lakukan kekerasan domestik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muka Venna Melinda berlumuran darah selepas dia membuat laporan polis bahawa suaminya melakukan kekerasan terhadapnya. - Istimewa

JAKARTA – Isteri kepada seorang aktor terkenal membuat aduan polis bahawa suaminya  melakukan kekerasan terhadap dirinya sehingga dia berlumuran darah, lapor portal berita Suara.com hari ini.

Seorang pegawai polis di Jawa Timur, Totok Suharyanto menyatakan ketika membuat laporan, isteri tersebut iaitu aktres Venna Melinda juga membawa barang bukti iaitu sehelai kain handuk dan pakaian yang berlumuran darah.

Belum ada keterangan lebih berkaitan dakwaan kekerasan domestik yang didakwa dilakukan oleh suaminya, Ferry Irawan,  manakala pihak polis masih melakukan siasatan.

Kejadian itu didakwa dilakukan di sebuah hotel di Kediri.

Bagaimanapun, terdapat  seorang netizen  yang mengaku sebagai saksi dalam kes tersebut kerana dia juga berada di sebelah bilik Venna, mendengar teriakan dari ibu tiga orang anak itu.

Sementara  itu, Ferry Irawan dikhabarkan juga sudah diminta memberikan keterangan berhubung dengan kes tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI