fbpx

Tokan dadah Bintulu dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelbagai jenis dadah yang dirampas daripada suspek.

BINTULU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu berjaya menahan seorang tokan dadah yang bergiat aktif dalam pengedaran dadah, di sini.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Bartholomew Umpit, berkata, hasil tangkapan ke atas suspek turut membawa kepada rampasan sebanyak 235 biji pil ekstasi seberat 71.46 gram, 10 biji pil eramin 5 dan ketamin seberat empat gram yang dianggarkan bernilai RM15,950.

Katanya turut dirampas sebuah kereta Proton Iswara yang dipercayai digunakan suspek untuk aktiviti pengedaran dadah di sekitar Bintulu.

Beliau menambah, lelaki tempatan berumur 39 tahun itu ditangkap oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Bintulu di kawasan Pier 99 Tebingan Bintulu, berhampiran sebuah premis hiburan di Jalan Abang Galau, di sini, kira- kira pukul 1 pagi, semalam.

Suspek yang ditahan kerana disyaki menjalankan kegiatan pengedaran dadah di Bintulu.

“Hasil siasatan awal, dipercayai dadah tersebut untuk pengedaran di sekitar kawasan Bintulu dan boleh digunakan untuk lebih kurang 350 orang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bartholomew berkata suspek akan disiasat mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Katanya, sabit kesalahan di bawah Akta 39B ADB 1952, boleh dihukum gantung sampai mati atau dipenjara seumur hidup serta dikenakan sebatan tidak kurang 15 kali.

Manakala bagi kesalahan di bawah Seksyen 12(2) ADB 1952, jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi lima tahun dan denda RM100,000.

Justeru, beliau menegaskan tangkapan berkenaan merupakan antara usaha IPD Bintulu dalam mengatasi masalah penyalahgunaan dadah, di samping mencegah aktiviti jenayah di Bintulu.

Beliau turut menyarankan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan aktiviti dadah di Bintulu untuk memaklumkan kepada IPD Bintulu di talian 086-318304 bagi tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI