fbpx

SOL berbahaya kepada kesihatan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster yang di muat naik oleh Medical Mythbuster Malaysia, semalam.

PETALING JAYA – SOL atau dikenali sebagai ‘space occupying lesion’ adalah berbahaya kepada kesihatan individu dan merupakan istilah perubatan yang sering digunakan di hospital.

Penasihat dan Pengasas Medical Mythbusters Malaysia, Dr. Ahmad Firdaus, menjelaskan keadaan tersebut yang merujuk kepada kecederaan di bahagian kepala.

Jelasnya, tengkorak adalah satu ruang terhad dan apa-apa bengkak yang asing akan mengakibatkan tekanan dalam otak meningkat serta dikenali sebagai peningkatan tekanan intrakranial (ICP).

“Untuk kes-kes akut (berlaku dengan pantas), gejala ICP meningkat lebih jelas dan biasanya mengakibatkan sawan atau tak sedarkan diri.

“Itu sebab kalau selepas kemalangan melibatkan hentakan kepala yang teruk, doktor akan pantau rapi untuk sebarang gejala sakit kepala, muntah dan sawan,” katanya di Facebook, semalam.

Dalam pada itu, Ahmad Firdaus berkata, doktor juga risaukan sekiranya ada pendarahan yang teruk di ruang tengkorak yang boleh menyebabkan ICP meningkat.

“Untuk kes kronik, ia berlaku dengan lebih perlahan. Apabila dah besar atau teruk, gejala dan tanda akan lebih jelas. Walaubagaimanapun, tak perlu risau sangat jika sakit kepala dan jumpa doktor dahulu.

“Ia kerana, terdapat 1001 lagi sebab lain yang boleh mengakibatkan sakit kepala seperti tekanan darah tinggi dan migrain,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI