fbpx

Shuk Sahar, Rossa Sera tunai umrah bersama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHUK Sahar dan Rossa Sera menunaikan ibadah umrah bersama-sama.

PETALING JAYA – Pelawak Shuk Sahar menuai perhatian ramai apabila berlepas ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah umrah dengan isterinya, Rossa Sera semalam.

Perkara tersebut sekali gus memberi bayangan hubungan mereka yang berantakan sebelum ini disebabkan kemelut rumah tangga sudah kembali pulih.

Shuk atau nama penuhnya, Mohammmad Shukri Mohamed Sahar bersyukur kerana diberi peluang kedua menunaikan umrah, namun pertama kali pergi ke sana bersama isterinya.

“Alhamdulillah saya diberi kesempatan kedua untuk menunaikan umrah untuk kali kedua.

“Umrah kali ini istimewa kerana saya ke sana dengan ditemani Rossa Serra. Doakan kami berpeluang mendapat umrah yang mabrur,” katanya dalam sebuah video.

Sementara itu, Rossa pula berharap agar ibadah umrahnya berjalan dengan lancar dan hubungan bersama Syuk kekal baik.

“Doakan kami berdua. Semoga mendapat umrah yang mabrur dan perbaiki diri.

“Rasa gementar tetapi sangat bahagia. Alhamdulillah,” katanya.

Sehingga hari ini, status rumah tangga mereka masih menjadi tanda tanya ramai selepas melalui kemelut rumah tangga sejak dua tahun lalu.

Sekitar November tahun lalu, Rossa Sera pernah mendedahkan sudah memfailkan cerai selepas pelawak itu didakwa curang.

Sekadar info, pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 6, dan NurAssyifatu Aimi, tiga tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI