fbpx

Sebanyak 10 tempat terkenal kerana kecantikan wanita di Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bali merupakan salah satu lokasi yang memiliki ramai gadis jelita. - AFP

JAKARTA – Terdapat 10 tempat di Indonesia yang terkenal kerana memiliki wanita-wanita yang cantik di negara itu, lapor portal berita JatimNetwork semalam.

Tempat-tempat itu ialah Aceh, Manado, Kalimantan, Bali, Medan, Yogyakarta, Ambon, Solo di Jawa Tengah, Jakarta dan Padang di Sumatera.

Menurut portal berita tersebut, tempat-tempat itu mempunyai wanita cantik dengan ciri tersendiri seperti kulit cerah, sawo matang dan bertubuh ramping.

Bandar Manado atau kota Laut Bunaken mempunyai wanita yang mempunyai kulit cerah seperti penduduk Filipina,  manakala ramai artis serta model cantik berasal dari bandar di Sulawesi Utara itu.

Kalimantan mempunyai etnik Dayak iaitu salah satu suku penduduk yang terkenal di luar Pulau Jawa dengan wanita bertubuh langsing, kulit cerah serta senyuman manis.

Aceh yang mendapat jolokan sebagai Serambi Mekah memiliki ramai wanita cantik dengan wajah khas perpaduan antara Melayu, India dan Arab serta mempunyai kulit cerah.

Padang mempunyai penduduk Minang dan terkenal sejak dulu lagi sebagai salah satu suku yang menghasilkan keturunan yang cantik dan terkenal sebagai pekerja keras berkat warisan darah pedagang. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI