fbpx

Piala AFF: Kemenangan bekal semangat ke Bangkok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD negara membawa bekalan satu gol menjelang aksi kedua malam esok yang mungkin mampu memberikan semangat untuk mengekang Thailand.

KEGAGALAN Thailand memperoleh bekal gol tempat lawan wajar menjadi pembakar semangat buat Harimau Malaya sebelum menghadapi aksi separuh akhir kedua Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) di Stadium Thammasat, malam esok.

Di sebalik penguasaan Thailand dan kemenangan tipis 1-0 diraih Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin, keputusan itu menghadirkan rasa gundah peminat tempatan, namun pengendali negara, Kim Pan-gon memiliki berpendirian berbeza.

Jurulatih dari Korea Selatan itu berpendapat, kemenangan perlawanan pertama itu wajar diraikan dan bola sepak juga tidak hanya bersandarkan kepada keputusan 90 minit kerana pelbagai elemen perlu diambil kira khususnya dalam pertandi­ngan berbentuk karnival.

“Aksi ini sangat sukar kerana kita tahu ranking Thailand dan apa yang mereka sudah lakukan sejak beberapa tahun ini. Saya puas hati dengan semua pemain kerana mereka mampu menghadapi perlawanan sukar seperti ini.

“Kami sepatutnya mampu jadikan keputusan 3-0. Ketika sepakan percuma itu (pembatalan gol kedua) saya tidak lihat secara jelas, jadi tidak boleh kata apa-apa, namun 1-0 sudah boleh hadirkan rasa gembira.

“Saya fikir mentaliti pemain cukup kuat untuk bermain dan bersaing atas nama Malaysia, tetapi tidak boleh rasa cukup. Paling penting kami tidak berikan gol kepada Thailand kerana jaringan tempat lawan juga akan beri kesan,” katanya.

Pada perlawanan itu, peminat negara sekali lagi dipalit rasa kurang senang selepas pengadil, Kim Daen-yong membatalkan gol kedua Harimau Malaya selepas mendakwa berlaku kekasaran sebelum jaringan terhasil.

Bagaimanapun, Pan-gon lebih selesa memilih untuk ‘kunci mulut’ daripada mengeluarkan pandangan tentang mutu pengadilan dan keutamaanya adalah untuk pastinya seluruh pasukan benar-benar cergas bagi menghadapi perlawanan kedua.

“Saya tidak ada duit, kalau komen saya kena denda,” ujarnya ringkas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI