fbpx

Peruncit kenakan caj pengendalian telur RM3 disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penguat kuasa KPDN membuat pemeriksaan ke atas sebuah premis yang didakwa mengenakan caj pengendalian telur di Sungai Korok, Jitra hari ini.

JITRA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah mengeluarkan dua notis kesalahan terhadap pemilik sebuah kedai di sini kerana mengenakan caj pengendalian telur kepada pengguna.

Pengarahnya, Affendi Rajini Kanth berkata, siasatan ke atas pemilik kedai di Sungai Korok di sini itu dilakukan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011

“Notis itu dikeluarkan setelah sepasukan anggota penguat kuasa KPDN Cawangan Kubang Pasu menjalankan siasatan berkaitan aduan pengguna yang tular di media sosial berhubung caj tambahan dikenakan ke atas penjualan telur ayam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, peruncit didapati mendapat bekalan telur ayam dari luar daerah Kubang Pasu iaitu di Alor Setar dan Pulau Pinang.

“Hasil  siasatan lanjut ke atas invois belian mendapati pihak pembekal mengenakan caj tambahan iaitu kos pengangkutan dan kos pengendalian di antara 90 sen hingga RM3 bagi setiap papan telur.

“Ia menyebabkan pihak peruncit perlu menanggung kos yang tinggi seterusnya terpaksa mengenakan kos tersebut kepada pembeli,” ujarnya.

Kelmarin seorang pengguna memuat naik resit pembelian di Facebook yang memaparkan tindakan peniaga terbabit mengenakan caj pengendalian telur berjumlah RM6 untuk dua papan telur gred D dibelinya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI