fbpx

Permainan video tingkat skil bahasa Korea Sakura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAKURA

SEJAK berjinak-jinak dengan permainan video, anggota kumpulan LE SSERAFIM, Sakura meraih perhatian peminat.

Penyanyi asal Jepun itu mendedahkan, permainan video League of Legends (LoL) berhasil meningkatkan skil dan memudahkan dia mempelajari bahasa Korea dengan lebih mendalam.

Dedah Sakura lagi, dia sering meluangkan masa bermain permainan video sehingga lewat pagi bersama beberapa rakan penyanyi lain.

Kata penyanyi itu, dia menghabiskan masa sekurang-kurangnya 12 jam sehari untuk bermain permainan video kegemarannya tersebut.

“Saya bermain LoL lebih kurang 12 jam sehari dari pukul 9 malam sehingga 8 pagi keesokannya.

“Sejak itu saya serius dalam kegiatan ini dan telah mencapai tahap perak dalam LoL,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI